Wednesday 11 December 2013

Colours Of The Wind @ E


Ahli jawatan kuasa exco keceriaan dan kebersihan telah menyediakan kertas cadangan untuk menceriakan bilik Jakmas pada 10 March 2013. Program ini bertujuan untuk menceriakan dan membersihkan bilik JAKMAS yang bertempat di blok A1. Kerja-kerja pengecatan akan dijalankan dalam bilik tersebut dengan beberapa warna yang telah dicadangkan. Seterusnya, kerja pembersihan akan dilakukan pada masa yang sama. Dekorasi juga akan dilakukan di ruang bilik jakmas supaya kelihatan lebih kemas.


Semua mengecat dengan bersungguh-sungguh

The new look .. The cover was sent to laundry..
_______________________________________________________________

Pertandingan Keceriaan Blok Kolej Kediaman bermula dari 14 Mei 2013 hingga 15 Mei 2013. Dua hari sahaja yang digunakan untuk membuat penilaian terhadap semua blok di Kolej Kediaman E.

Pada 14 Mei 2013, pengetua Kolej Kediaman E, Dr. Andika telah menyertai barisan penilai untuk membuat penilaian terhadap blok B2, B1 serta A3. Penilaian terhadap blok A1 dan A2 pula dijalankan pada 15 Mei 2013. Semua ahli jawatankuasa yang terlibat telah berkumpul di pejabat HEP pada masa 8.30 malam. Pembahagian blok serta aras telah dilakukan antara FELO serta ahli jawatan kuasa. Setiap rondaan adalah disertai oleh seorang FELO dan beberapa ahli jawatankuasa. Borang penilaian telah diedarkan dan markah penilaian harus diberikan kepada setiap rumah pada blok berkenaan. Penilaian berakhir pada sekitar jam 10 malam untuk kedua-dua hari.

Setiap bilik adalah dinilai berdasarkan kebersihan dan keceriaan daripada skala markah 0 hingga 4. Kebersihan dan keceriaan rumah secara keseluruhan adalah dinilai terlebih dahulu. Kekemasan menyusun kasut di ruang tamu, keceriaan papan kenyataan di rumah serta kebersihan tandas merupakan aspek yang dinilaikan. Seterusnya, kekemasan bilik untuk setiap rumah turut dinilai. Teguran diberikan kepada para pelajar yang menjemur serta menggantungkan baju di rangka katil dan di bilik.  Markah purata yang diberikan kepada blok-blok adalah lebih kurang 2 hingga 3.

Dr. Andika doing room checking


One of the best looking room






No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan sebarang komen, cadangan, atau pendapat.. Setiap kata-kata anda amat kami hargai.. Mohon supaya menggunakan bahasa yang sopan..