LAPORAN KELAB
E-UPDATES
NAMA PENGERUSI: MAZHIDAYAH BINTI
MOHD RAZAK @ AZMI
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
1
|
AKTIVITI
|
a) PERBINCANGAN
MENGENAI PROGRAM ANJURAN KELAB ANTARA AHLI JAWATANKUASA
b) PEMILIHAN
WAKIL DARIPADA AHLI KELAB UNTUK
PROGRAM SEERAT SALAM
|
2
|
KEWANGAN
|
a) BAKI
DUIT KELAB: RM1268.70
|
3
|
PERMASALAHAN DAN ISU-ISU
|
a) PERJUMPAAN
ANTARA AHLI KELAB TIDAK DAPAT DIJALANKAN KERANA KEBANYAKAN AHLI MEMPUNYAI
KOMITMEN LAIN PADA TARIKH YANG DITETAPKAN.
b) PELBAGAI
PROGRAM ATAU AKTIVITI KOLEJ TURUT DIJALANKAN SEPANJANG BULAN MEI
|
RUMUSAN:
JAKMAS Publisiti telah mengatakan bahawa mereka ingin mengeluarkan Buletin
Kolej Kediaman bersam Kelab E-Updates namun sehingga tarikh 2 Jun 2013 tiada
progres.
E-UPDATES
NAMA PENGERUSI: MAZHIDAYAH BINTI
MOHD RAZAK @ AZMI
TARIKH: 30 APRIL 2013
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
1
|
AKTIVITI
|
a) MENGADAKAN MESYUARAT ANTARA AHLI-AHLI KELAB
b) SEMAKAN DAN
PENGEMASKINIAN ARTIKEL OLEH
FELO PENYELARAS
c) PEMBETULAN
KESALAHAN DI DALAM ARTIKEL OLEH AHLI KELAB
d) PEMILIHAN
ARTIKEL DAN BROSHER TERBAIK OLEH FELO PENYELARAS
e) PEMILIHAN
WAKIL KELAB UNTUK PROGRAM SEERAT SALAM
|
2
|
LATIHAN
|
a) MELATIH
AHLI KELAB DALAM MENGENALPASTI KESALAHAN SERTA KELEMAHAN DI DALAM PENULISAN
ARTIKEL.
b) MELATIH
AHLI KELAB DALAM PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DENGAN BETUL AGAR DAPAT
MEMANTAPKAN QUALITI ARTIKEL DAN BROSHER.
|
3
|
PERMASALAHAN DAN ISU-ISU
|
a) MASALAH
KEHADIRAN AHLI-AHLI KELAB YANG KURANG MEMUASKAN
b) KEBANYAKAN
AHLI KELAB MEMPUNYAI KELAS PADA HARI PERJUMPAAN DAN AHLI KELAB TIDAK CAKNA
AKAN PEMBERITAHUAN PERJUMPAAN
|
RUMUSAN:
Kehadiran ahli-ahli kelab tidak begitu memuaskan oleh sebab segelintir ahli
yang mempunyai komitmen lain.
Kelab E-UPDATES ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2010. Pengarah pertama kelab ini adalah Saudari Iylia Mohamad dengan idea menyampaikan informasi Kolej Kediaman lebih dekat kepada warga Kolej Kediaman E, sekaligus memudahkan dan mendekatkan warga Kolej Kediaman E dengan pihak pengurusan kolej. Keahlian kelab ini mendapat sambutan dengan kemasukan seramai 124 orang ahli.
Penggal pertama dan kedua kelab ini memperkenalkan ‘newsletter’, sebuah wacana ringkas yang diedarkan kepada warga kolej. Kelab ini juga telah menghasilkan sebuah Buletin pertama Kolej Kediaman E yang diberi nama E-COMPAQ yang disediakan khas untuk pelajar-pelajar yang akan bergraduasi pada tahun itu. Sebuah buku pengenalan kelab-kelab Kolej Kediaman E juga telah dihasilkan dengan nama E-CLUB yang diedarkan dengan tujuan memperkenalkan kelab-kelab yang terdapat dalam Kolej Kediaman E.
Penggal ketiga, telah menyaksikan kelab ini memperluaskan fungsinya dengan memperkenalkan kelas tutorial Adobe Photoshop sebanyak 12 kelas yang diselenggara oleh En. Mohamad Ariff selaku jurulatih pertama kelab ini. Kelas ini juga memuatkan pengenalan ringkas mengenai pengendalian kamera DSLR. Kelas ini mampu membuka minda para ahli kelab bagi memperluaskan fungsi kelab ini pada masa hadapan.
Logo
Slogan Kelab
“Gelombang Informasi”
Slogan ini diperkenalkan pada Mei 2011, dan dipercayai dapat mencerminkan objektif utama kelab ini dalam penyampaian Infromasi kepada warga Kolej.
Misi
1. Merancang, meneliti dan menghasilkan bahan bacaan berinformasi kepada warga Kolej Kediaman E.
2. Merancang, menyelaraskan dan menganjurkan aktiviti berkaitan dengan kelab ini, khusus kepada warga Kolej Kediaman E yang dapat memberikan faedah.
3. Mengasah bakat ahli kelab dengan menganjurkan kelas-kelas dan bengkel yang sesuai.
4. Meluaskan fungsi Kelab E-UPDATES.
5. Memantapkan tahap kualiti pengurusan.
Visi
Menyediakan ruang kepada ahli kelab yang terdiri daripada pelajar bagi mengisi masa terluang di Kolej Kediaman dengan aktiviti yang dapat memberikan manfaat serta mengasah bakat dan kemahiran insaniah, sekaligus memberikan informasi yang berguna kepada warga Kolej Kediaman E seluruhnya melalui fungsi kelab ini.
Objektif
Terdapat tiga objektif utama Kelab E-UPDATES yang menjadi tunjang kelab ini iaitu:
1. Objektif utama penubuhan kelab E-UDATES adalah menyampaikan informasi terkini kepada warga Kolej Kediaman E berhubung isu-isu berkaitan Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah serta informasi am melalui saluran yang pelbagai seperti media cetak dan media elektronik.
2. Dalam pada masa yang sama, kelab ini juga akan mengasah bakat dan kekreatifan para ahlinya dalam bidang berkaitan seperti pengurusan organisasi, penulisan artikel, penghasilan bahan cetak, mereka bentuk grafik multimedia dan sebagainya; selain menerapkan kemahiran insaniah kepada ahlinya.
3. Menjadikan Kelab E-UPDATES sebagai antara kelab terpenting dalam Kolej Kediaman E, dan dikenali seterusnya di Universiti Malaysia Sabah.
Pengarah Kelab
Mohamad Annawi bin Anuar
Taman Alam Semulajadi dan Rekreasi
Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa
Aktiviti Kelab
1. Menghasilkan 'newsletter' Kolej.
2. Menghasilkan Bulletin Kolej (E-Qompaq)
3. Menyediakan kelas tutorial Adobe Photoshop
4. Menyelenggara blog dan laman web JAKMAS
Nice! Love it.. Miss my time with u guys!! -iylia-
ReplyDelete