Friday 24 June 2011

Kelab E-UPDATES

LAPORAN KELAB
E-UPDATES
NAMA PENGERUSI: MAZHIDAYAH BINTI MOHD RAZAK @ AZMI

BIL
PERKARA
CATATAN
1
AKTIVITI
a)    PERBINCANGAN MENGENAI PROGRAM ANJURAN KELAB ANTARA AHLI JAWATANKUASA
b)   PEMILIHAN WAKIL DARIPADA AHLI  KELAB UNTUK PROGRAM SEERAT SALAM
2
KEWANGAN
a)    BAKI DUIT KELAB: RM1268.70

3
PERMASALAHAN DAN ISU-ISU
a)    PERJUMPAAN ANTARA AHLI KELAB TIDAK DAPAT DIJALANKAN KERANA KEBANYAKAN AHLI MEMPUNYAI KOMITMEN LAIN PADA TARIKH YANG DITETAPKAN.
b)   PELBAGAI PROGRAM ATAU AKTIVITI KOLEJ TURUT DIJALANKAN SEPANJANG BULAN MEI

RUMUSAN:
JAKMAS Publisiti telah mengatakan bahawa mereka ingin mengeluarkan Buletin Kolej Kediaman bersam Kelab E-Updates namun sehingga tarikh 2 Jun 2013 tiada progres.

E-UPDATES
NAMA PENGERUSI: MAZHIDAYAH BINTI MOHD RAZAK @ AZMI
TARIKH: 30 APRIL 2013
BIL
PERKARA
CATATAN
1
AKTIVITI

a)    MENGADAKAN  MESYUARAT ANTARA AHLI-AHLI KELAB
b)   SEMAKAN  DAN  PENGEMASKINIAN  ARTIKEL OLEH FELO PENYELARAS
c)    PEMBETULAN KESALAHAN DI DALAM ARTIKEL OLEH AHLI KELAB
d)    PEMILIHAN ARTIKEL DAN BROSHER TERBAIK OLEH FELO PENYELARAS
e)    PEMILIHAN WAKIL KELAB UNTUK PROGRAM SEERAT SALAM
2
LATIHAN

a)    MELATIH AHLI KELAB DALAM MENGENALPASTI KESALAHAN SERTA KELEMAHAN DI DALAM PENULISAN ARTIKEL.
b)   MELATIH AHLI KELAB DALAM PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DENGAN BETUL AGAR DAPAT MEMANTAPKAN QUALITI ARTIKEL DAN BROSHER.
3
PERMASALAHAN DAN ISU-ISU

a)    MASALAH KEHADIRAN AHLI-AHLI KELAB YANG KURANG MEMUASKAN
b)   KEBANYAKAN AHLI KELAB MEMPUNYAI KELAS PADA HARI PERJUMPAAN DAN AHLI KELAB TIDAK CAKNA AKAN PEMBERITAHUAN PERJUMPAAN


RUMUSAN:

Kehadiran ahli-ahli kelab tidak begitu memuaskan oleh sebab segelintir ahli yang mempunyai komitmen lain.


Pengenalan
Kelab E-UPDATES ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2010. Pengarah pertama kelab ini adalah Saudari Iylia Mohamad dengan idea menyampaikan informasi Kolej Kediaman lebih dekat kepada warga Kolej Kediaman E, sekaligus memudahkan dan mendekatkan warga Kolej Kediaman E dengan pihak pengurusan kolej. Keahlian kelab ini mendapat sambutan dengan kemasukan seramai 124 orang ahli.

Penggal pertama dan kedua kelab ini memperkenalkan ‘newsletter’, sebuah wacana ringkas yang diedarkan kepada warga kolej. Kelab ini juga telah menghasilkan sebuah Buletin pertama Kolej Kediaman E yang diberi nama E-COMPAQ yang disediakan khas untuk pelajar-pelajar yang akan bergraduasi pada tahun itu. Sebuah buku pengenalan kelab-kelab Kolej Kediaman E juga telah dihasilkan dengan nama E-CLUB yang diedarkan dengan tujuan memperkenalkan kelab-kelab yang terdapat dalam Kolej Kediaman E.

Penggal ketiga, telah menyaksikan kelab ini memperluaskan fungsinya dengan memperkenalkan kelas tutorial Adobe Photoshop sebanyak 12 kelas yang diselenggara oleh En. Mohamad Ariff selaku jurulatih pertama kelab ini. Kelas ini juga memuatkan pengenalan ringkas mengenai pengendalian kamera DSLR. Kelas ini mampu membuka minda para ahli kelab bagi memperluaskan fungsi kelab ini pada masa hadapan.

Logo

Slogan Kelab
“Gelombang Informasi”
Slogan ini diperkenalkan pada Mei 2011, dan dipercayai dapat mencerminkan objektif utama kelab ini dalam penyampaian Infromasi kepada warga Kolej.

Misi
1. Merancang, meneliti dan menghasilkan bahan bacaan berinformasi kepada warga Kolej Kediaman E.
2. Merancang, menyelaraskan dan menganjurkan aktiviti berkaitan dengan kelab ini, khusus kepada warga Kolej Kediaman E yang dapat memberikan faedah.
3. Mengasah bakat ahli kelab dengan menganjurkan kelas-kelas dan bengkel yang sesuai.
4. Meluaskan fungsi Kelab E-UPDATES.
5. Memantapkan tahap kualiti pengurusan.

Visi
Menyediakan ruang kepada ahli kelab yang terdiri daripada pelajar bagi mengisi masa terluang di Kolej Kediaman dengan aktiviti yang dapat memberikan manfaat serta mengasah bakat dan kemahiran insaniah, sekaligus memberikan informasi yang berguna kepada warga Kolej Kediaman E seluruhnya melalui fungsi kelab ini.

Objektif
Terdapat tiga objektif utama Kelab E-UPDATES yang menjadi tunjang kelab ini iaitu:
1. Objektif utama penubuhan kelab E-UDATES adalah menyampaikan informasi terkini kepada warga Kolej Kediaman E berhubung isu-isu berkaitan Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah serta informasi am melalui saluran yang pelbagai seperti media cetak dan media elektronik.
2. Dalam pada masa yang sama, kelab ini juga akan mengasah bakat dan kekreatifan para ahlinya dalam bidang berkaitan seperti pengurusan organisasi, penulisan artikel, penghasilan bahan cetak, mereka bentuk grafik multimedia dan sebagainya; selain menerapkan kemahiran insaniah kepada ahlinya.
3. Menjadikan Kelab E-UPDATES sebagai antara kelab terpenting dalam Kolej Kediaman E, dan dikenali seterusnya di Universiti Malaysia Sabah.

Pengarah Kelab
Mohamad Annawi bin Anuar
Taman Alam Semulajadi dan Rekreasi
Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa

Aktiviti Kelab
1. Menghasilkan 'newsletter' Kolej.
2. Menghasilkan Bulletin Kolej (E-Qompaq)
3. Menyediakan kelas tutorial Adobe Photoshop
4. Menyelenggara blog dan laman web JAKMAS

1 comment:

Sila tinggalkan sebarang komen, cadangan, atau pendapat.. Setiap kata-kata anda amat kami hargai.. Mohon supaya menggunakan bahasa yang sopan..