Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Wednesday, 25 December 2013

Walk To Remember, Hanoi Part 1.... @>----



Mantan barisan JAKMAS 2012/2013 telah ke Vietnam baru-baru ini. Program Jalinan Budaya Siri IV di Hanoi selama 4 hari- 3 malam mengajar setiap seorang daripada mereka erti menikmati kesyukuran dalam hidup ini.


Bayangkan negara yang terkenal dengan jolokkan Negara Bintang Merah ini sebenarnya daif dari segi ekonominya namun mereka kaya dengan budi bahasa. Pelajar-peajar mereka berdikari dalam membentuk jati diri mereka.

Kita di Kolej Kediaman E, mungkin mengeluh kerana kemudahan kita tidak mencukupi, tapi percayalah kemudahan mereka lagi tidak mencukupi. Kita diberi tilam, mereka hanya diberi katil kosong. Tiada tilam, hanyar tikar sekadar menglas katil mereka.

Main Gate of NUV, Hanoi


Look at their table... Macam meja adik-adik tadika. We are so lucky... 


Where is the bed? Alas tikar, menginsafkan kami semua, that we are so lucky...

Kita ada meja untuk study dan privacy time, mereka sekadar meja adik-adik tadika yang kecil. Tanpa apa-apa kemudahan perabot yang sempurna, mereka tetap bersyukur. Itu pendapat mantan JAKMAS 2012/2013. Banyak yang mereka pelajari dari pelajar-pelajar di NUV. Dalam cuaca yang sejuk sekirat 14 darjah, pelajar-pelajar masih gigih ke kelas.

Alangkah bertuahnya kita di bumi MALAYSIA, diberi kemudahan. Oleh itu mari kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan kerohanian dan keperibadian diri kita. Yang utama, belajar sehingga kita mampu menari senyuman sehingga ke langit tujuh.



Tempat cuci kain... Still they keep clean...

Book rak...

Gigih sungguh membuat kerja walaupun tempat yang disediakan sgt kecil...

They share the cupboard. Four of them with this one cupboard.. 

I love the high up rak.. Awesome..

Haa, mantan JAKMAS 2012/2013 sempat melawat Makam President Vietnam yang Pertama. Iaitu Ho Chi Minh. Ohh my god.. Mr.HCM di mumiakan menggunakan teknologi dari Rusia. Memang agak teruja tapi maaflah, pihak Mantan, tak dapat merakam gambar dari dalam makam. Percayalah kawalan disana agak ketat, tapi berbaloi.

Ini gambar sekitar kawasan Ho Chi Minh Mausoleum. Dalam keadaan sejuk mantan-mantan JAKMAS, MKKB dan MKKK memang bertahan tanpa baju sejuk. 
We...

Trust us, kawalan at HCM Mausoleum memang ketat...

Tokong terlama di Hanoi... Small but sgt bersejarah..

Where the 1st President located..

The President cottage...

Where the 1st President lived for four years before his house the one above was built..

Collection of Mr.HCM's car... Given by Russian Gov..



The historical building that was built by France.

We will be back for more Walk To Remember,Hanoi part 2, with more pictures. 
Remember fellas, we are lucky. So learn how to appreciate and always smile.
Senyum sampai langit ke tujuh... :)

Thursday, 12 December 2013

Garden of Knowledge

Program ini telah dijalankan pada 16 Mac 2013. Di dalam pelaksanaan program ini, seramai 19 orang Jawatankuasa Pelaksana telahpun dibentuk bagi merealisasikan program ini. Dalam program ini, kami telah menjemput En Hj Mat Taib bin Mat untuk memberikan ceramah.
              Hj. Md. Taib Mat adalah seorang “Executive Coach / Principal Trainer” dan pakar motivasi.  Dilahirkan di Bedong Kedah dan mendapat pendidikan awal di SK Bedong Kedah sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Tuanku Abd. Rahman Ipoh (STAR). Mendapat pendidikan MBA (perniagaan antarabangsa) dari Universiti Southern California (Los Angeles) (1986), B.Sc Agricbusiness Economics dari Southern Illinois University (Carbondale) (1985) dan Diploma Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (1976). Dia menerima asuhan dari pakar-pakar NLP dan Hipnoterapi tersohor didunia termasuklah Dr. Richard Bandler, Dr. Robert Dilts, Judith DeLozier, Dr Michael Hall, Dr Stephen Gilligan, Shelle Rose Charvet, Dr William Horton, Dr. George Bein, Anthony Robbins dan lain-lain dimerata pelusok dunia termasuklah Amerika Syarikat (Colorado, California, Florida) , Italy, Germany, Hongkong, Taiwan, Australia, Australia, United Kingdom, Singapura dan Malaysia.

                  Untuk menghadiri ke program ini, peserta haruslah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 45.00. Yuran ini merangkumi makanan, buku dan bayaran untuk pelajar. 

               Program Motivasi, Mahasiswa Cemerlang : Anda Berhak Hebat merupakan satu program yang dilaksanakan didalam kampus. Hal ini sememangnya merupakan satu langkah yang efektif bagi membentuk tingkahlaku yang positif dalam kalangan pelajar supaya menjadi pelajar yang berdaya saing dan mampu untuk "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi" dalam mengharungi samudera kehidupan di alaf moden ini.


             Walaupun program yang dijalankan ini hanya dijalankan didalam kampus, namun ianya tetap berfaedah kepada para pelajar. Hal ini demikian, bagi melengkapkan diri kearah kecemerlangan setiap pelajar haruslah cemerlang dalam akademik dan jati diri yang kukuh. Melalui program motivasi ini, intelektual, rohani dan jasmani dapat ditingkatkan melalui ceramah yang bakal disampaikan. Bukan itu sahaja, kemahiran generik juga akan turut terbentuk melalui program ini kerana penceramah merupakan seorang yang berkaliber dalam memberi perkhidmatan ceramah.
At the event .. :)

Everybody had good knowledge ...

We are grateful to be given chance to celebrate our Lover's Birthday.. May Allah s.w.t Bless our Prophet Muhammad s.a.w and His Family..

Majlis perarakan sambutan Maulidur Rasul merupakan program anjuran pihak Universiti Malaysia Sabah yang telah berlangsung pada 5 mac 2013 bertempat di dataran Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah. Majlis yang dilangsungkan  ini telah melibatkan kesemua jabatan dan bahagian di UMS, sekolah, Majlis Perwakilan Pelajar, dan juga Kolej Kediaman  untuk turut sama dalam memeriahkan sambutan perarakan tersebut.
Sehubungan dengan itu, kolej kediaman E telah menghantar seramai 23 orang wakil dalam majlis perarakan tersebut di mana terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki, 10 orang pelajar perempuan yang merupakan campuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Majlis Ketua-Ketua Blok (MKKB) dan Majlis Ketua-Ketua Kelab (MKKK) serta dua orang felo pengiring iaitu En Shafiq Bin Kassim dan Cik Sally Ading. Majlis tersebut bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada  jam 2 petang.
Peserta perarakan pada mulanya berkumpul di dataran Dewan Canselor pada jam 7 pagi dengan mengenakan tema pakaian mengikut bahagian masing-masing. Majlis turut dihadiri oleh Yg. Berbhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah bagi upacara pemeriksaan kontinjen perbarisan.Selepas selesai upacara pemeriksaan kontinjen perbarisan yang dilakukan oleh Yg. Berbhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah terhadap semua bahagian, bermulanya upacara perarakan masuk dewan oleh seluruh kontinjen perbarisan.
Majlis dimulai dengan bacaan alunan ayat suci Al-Quran dan persembahan daripada kumpulan nasyid sebagai upacara pembukaan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yg. Berbhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah. Kemudiannya, majlis diteruskan lagi dengan slot ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Majlis sampai ke penghujungnya setelah slot ceramah tersebut selesai dan semua tetamu dan jemputan menikmati jamuan makan sebelum bersurai.
Mr.SHafiq FELO @ E

NC and YDP @ E

The Prade !!

FUN WITH EDU-TAINMENT ... @>---

Program Santai Ilmiah merupakan program yang lebih berbentuk pemantapan diri, fizikal, dan mental kepada barisan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) yang dilakukan pada awal semester bagi menghidupkan semula semangat kepimpinan yang perlu di tempuh bagi barisan kepimpinan kolej Kediaman E. Program yang berlangsung pada 24 febuari 2012 ini telah membuka tirai bagi takwim aktiviti JAKMAS sesi 2012/2013 semester dua. Program yang diketuai oleh saudara Mohammad Aniq Naim Bin Nazuan sebagai Pengarah Program ini juga melibatkan sejumlah para pelajar daripada Majlis Ketua-Ketua Blok (MKKB), Majlis Ketua-Ketua Kelab (MKKK), dan Sekretariat Exco JAKMAS.
Program yang memakan masa selama separuh hari tersebut sememangnya padat dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK), pembentangan idea, perkongsian ilmu serta yang paling utama slot ceramah yang dikendalikan oleh En. Awang Nasip Bin Yonos. Turut hadir bagi memeriahkan program tersebut ialah pengetua, Dr Andika Aziz Hussin serta barisan felo Kolej Kediaman E.
Pada seawal jam 7.30 pagi para peserta telah bergerak dari kolej kediaman untuk berkumpul di Bilik Seminar, Anjung Siswa dan upacara program bermula pada tepat jam 8.30 pagi. Program dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Pengarah Program dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua. Seterusnya program diambil alih oleh En Awang Nasip Bin Yonos selaku penceramah.
Slot pertama yang dilakukan oleh penceramah ialah “ice breaking”, yang mana slot ini memaparkan untuk para peserta duduk di dalam kumpulan bersama  barisan felo supaya mengenali antara satu sama lain. Hal ini penting kerana untuk kedua-dua pihak mengenali dan kenal dalam usaha mewujudkan sebuah organisasi di bawah satu keluarga Kolej Kediaman E. Slot yang seterusnya merupakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang mana para peserta setiap kumpulan perlu menjana dan merancang idea untuk menghasilkan program-program kolej yang bersifat jangka masa anjang dan tidak menggunakan peruntukan kewangan. Perkara ini sememangnya memerlukan pengasahan kreativiti dan pemikiran yang kritis bagi para peserta bagi menghasilkan sesuatu program yang mampu memberi impak positif kepada para pelajar kolej. Seterunya slot yang ketiga dan terakhir adalah sesi penerangan mengenai ilmu Neuro Linguistic Programming (NLP) yang mana ia merupakan kaedah bagi melonjakkan sifat positif dalam diri seseorang. 
Selesai slot yang terakhir tersebut, majlis penutupan berlangsung dan sekali lagi Pengetua Kolej Kediaman E untuk memberikan ucapan penutupan dan majlis bersurai pada jam 4 petang. 

All of them had fun with edu-tainment

Wednesday, 11 December 2013

Colours Of The Wind @ E


Ahli jawatan kuasa exco keceriaan dan kebersihan telah menyediakan kertas cadangan untuk menceriakan bilik Jakmas pada 10 March 2013. Program ini bertujuan untuk menceriakan dan membersihkan bilik JAKMAS yang bertempat di blok A1. Kerja-kerja pengecatan akan dijalankan dalam bilik tersebut dengan beberapa warna yang telah dicadangkan. Seterusnya, kerja pembersihan akan dilakukan pada masa yang sama. Dekorasi juga akan dilakukan di ruang bilik jakmas supaya kelihatan lebih kemas.


Semua mengecat dengan bersungguh-sungguh

The new look .. The cover was sent to laundry..
_______________________________________________________________

Pertandingan Keceriaan Blok Kolej Kediaman bermula dari 14 Mei 2013 hingga 15 Mei 2013. Dua hari sahaja yang digunakan untuk membuat penilaian terhadap semua blok di Kolej Kediaman E.

Pada 14 Mei 2013, pengetua Kolej Kediaman E, Dr. Andika telah menyertai barisan penilai untuk membuat penilaian terhadap blok B2, B1 serta A3. Penilaian terhadap blok A1 dan A2 pula dijalankan pada 15 Mei 2013. Semua ahli jawatankuasa yang terlibat telah berkumpul di pejabat HEP pada masa 8.30 malam. Pembahagian blok serta aras telah dilakukan antara FELO serta ahli jawatan kuasa. Setiap rondaan adalah disertai oleh seorang FELO dan beberapa ahli jawatankuasa. Borang penilaian telah diedarkan dan markah penilaian harus diberikan kepada setiap rumah pada blok berkenaan. Penilaian berakhir pada sekitar jam 10 malam untuk kedua-dua hari.

Setiap bilik adalah dinilai berdasarkan kebersihan dan keceriaan daripada skala markah 0 hingga 4. Kebersihan dan keceriaan rumah secara keseluruhan adalah dinilai terlebih dahulu. Kekemasan menyusun kasut di ruang tamu, keceriaan papan kenyataan di rumah serta kebersihan tandas merupakan aspek yang dinilaikan. Seterusnya, kekemasan bilik untuk setiap rumah turut dinilai. Teguran diberikan kepada para pelajar yang menjemur serta menggantungkan baju di rangka katil dan di bilik.  Markah purata yang diberikan kepada blok-blok adalah lebih kurang 2 hingga 3.

Dr. Andika doing room checking


One of the best looking room






Tuesday, 21 February 2012

When We Sport as One Big Family

Kiulu White Water River Rafting is the first program implemented by the Sports and Recreation Exco JAKMAS E.  This program involves Rexus’s Club and are open to students of the E Resident. Located The Kiulu river, is located at Tamparuli and the event was held on December 9, 2012 , total of 52 participants including two FELO that was with us,  Mr. Hasnol Noordin and Ms. Rehana Mohd Shah Jahan .This program is designed to introduce students to the rafting sport. The program also aims to test fitness, stamina strength of the students and aims to fill the free time for participants to engage in the activity worthwhile and challenging to sharpen the mind to think more creatively and critically .The main objective of the program is to develop the skills and enthusiasm to work in a team among the participants. It also is to improve communication skills among participants. At the same time , they develop leadership skills and self-esteem among participants as well as shaping the minds of the participants to think critically and find solutions in the face of critical situations . All of these objectives tailored to suit the desire of the students to meet up and meet the characteristics of Soft skills are necessary in the students , especially the students and current undergraduates .
Even we were tired we are one big family ...
Rafting is one big challenge that we overcome together

The second program under this Exco followed on 14 April 2013. UMS Peak Challenge is a program that emphasizes the leisure as well as stamina endurance test E. Residential College students To attract students to participate, cash prizes and hampers awaits participants will get first place until the 6th of both male and female categories .
UMS Peak Challenge proposal was approved on March 14, 2013. Immediately after the meeting with the directors of each division continued to be held for a detailed briefing about the program and the field of their work. Recommend via Facebook, memos, opening counters in cafeteria E and banners were carried out. Other preparation of the survey was made in advance to ensure the track is safe for students. On the day of the event program, all hunched Committee assignments respectively. Participants released at 8:20 am the leaderof the program. Run started by the boys, followed by 10 minutes of female participants following the security division and the secretariat to take their places at the specified checkpoint. Closure and simple presentation was made at the site Graduates, Chancellor Hall and presented by the Fellowship Coordinator Exco Sports and Recreation JAKMAS E, Mr SM Salim bin S. Ibrahim. The program ends on jam10 am, an hour earlier
Climb to the Peak and be the winner...

Morning run is good for health


We are ready....


Wednesday, 24 August 2011

Program GO GREEN

Program ‘Go Green’ merupakan salah satu program terbesar yang telah diperkenalkan di Kolej Kediaman E sebagai landasan untuk mengatasi salah satu daripada isu global yang sering diperkatakan sekarang. Program ini diadakan untuk para pelajar melibatkan diri mereka dalam hidup yang mampan dan prihatin terhadap alam sekitar. Pengenalan program ini dapat melatih para pelajar untuk menjalankan gaya hidup mementingkan alam sekitar seperti membuat pilihan untuk menggunakan semula barang-barang terpakai, memulihara air dan mengurangkan pencemaran udara.