Thursday 12 December 2013

FUN WITH EDU-TAINMENT ... @>---

Program Santai Ilmiah merupakan program yang lebih berbentuk pemantapan diri, fizikal, dan mental kepada barisan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) yang dilakukan pada awal semester bagi menghidupkan semula semangat kepimpinan yang perlu di tempuh bagi barisan kepimpinan kolej Kediaman E. Program yang berlangsung pada 24 febuari 2012 ini telah membuka tirai bagi takwim aktiviti JAKMAS sesi 2012/2013 semester dua. Program yang diketuai oleh saudara Mohammad Aniq Naim Bin Nazuan sebagai Pengarah Program ini juga melibatkan sejumlah para pelajar daripada Majlis Ketua-Ketua Blok (MKKB), Majlis Ketua-Ketua Kelab (MKKK), dan Sekretariat Exco JAKMAS.
Program yang memakan masa selama separuh hari tersebut sememangnya padat dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK), pembentangan idea, perkongsian ilmu serta yang paling utama slot ceramah yang dikendalikan oleh En. Awang Nasip Bin Yonos. Turut hadir bagi memeriahkan program tersebut ialah pengetua, Dr Andika Aziz Hussin serta barisan felo Kolej Kediaman E.
Pada seawal jam 7.30 pagi para peserta telah bergerak dari kolej kediaman untuk berkumpul di Bilik Seminar, Anjung Siswa dan upacara program bermula pada tepat jam 8.30 pagi. Program dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Pengarah Program dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua. Seterusnya program diambil alih oleh En Awang Nasip Bin Yonos selaku penceramah.
Slot pertama yang dilakukan oleh penceramah ialah “ice breaking”, yang mana slot ini memaparkan untuk para peserta duduk di dalam kumpulan bersama  barisan felo supaya mengenali antara satu sama lain. Hal ini penting kerana untuk kedua-dua pihak mengenali dan kenal dalam usaha mewujudkan sebuah organisasi di bawah satu keluarga Kolej Kediaman E. Slot yang seterusnya merupakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang mana para peserta setiap kumpulan perlu menjana dan merancang idea untuk menghasilkan program-program kolej yang bersifat jangka masa anjang dan tidak menggunakan peruntukan kewangan. Perkara ini sememangnya memerlukan pengasahan kreativiti dan pemikiran yang kritis bagi para peserta bagi menghasilkan sesuatu program yang mampu memberi impak positif kepada para pelajar kolej. Seterunya slot yang ketiga dan terakhir adalah sesi penerangan mengenai ilmu Neuro Linguistic Programming (NLP) yang mana ia merupakan kaedah bagi melonjakkan sifat positif dalam diri seseorang. 
Selesai slot yang terakhir tersebut, majlis penutupan berlangsung dan sekali lagi Pengetua Kolej Kediaman E untuk memberikan ucapan penutupan dan majlis bersurai pada jam 4 petang. 

All of them had fun with edu-tainment

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan sebarang komen, cadangan, atau pendapat.. Setiap kata-kata anda amat kami hargai.. Mohon supaya menggunakan bahasa yang sopan..