Thursday 12 December 2013

We are grateful to be given chance to celebrate our Lover's Birthday.. May Allah s.w.t Bless our Prophet Muhammad s.a.w and His Family..

Majlis perarakan sambutan Maulidur Rasul merupakan program anjuran pihak Universiti Malaysia Sabah yang telah berlangsung pada 5 mac 2013 bertempat di dataran Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah. Majlis yang dilangsungkan  ini telah melibatkan kesemua jabatan dan bahagian di UMS, sekolah, Majlis Perwakilan Pelajar, dan juga Kolej Kediaman  untuk turut sama dalam memeriahkan sambutan perarakan tersebut.
Sehubungan dengan itu, kolej kediaman E telah menghantar seramai 23 orang wakil dalam majlis perarakan tersebut di mana terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki, 10 orang pelajar perempuan yang merupakan campuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Majlis Ketua-Ketua Blok (MKKB) dan Majlis Ketua-Ketua Kelab (MKKK) serta dua orang felo pengiring iaitu En Shafiq Bin Kassim dan Cik Sally Ading. Majlis tersebut bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada  jam 2 petang.
Peserta perarakan pada mulanya berkumpul di dataran Dewan Canselor pada jam 7 pagi dengan mengenakan tema pakaian mengikut bahagian masing-masing. Majlis turut dihadiri oleh Yg. Berbhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah bagi upacara pemeriksaan kontinjen perbarisan.Selepas selesai upacara pemeriksaan kontinjen perbarisan yang dilakukan oleh Yg. Berbhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah terhadap semua bahagian, bermulanya upacara perarakan masuk dewan oleh seluruh kontinjen perbarisan.
Majlis dimulai dengan bacaan alunan ayat suci Al-Quran dan persembahan daripada kumpulan nasyid sebagai upacara pembukaan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yg. Berbhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah. Kemudiannya, majlis diteruskan lagi dengan slot ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Majlis sampai ke penghujungnya setelah slot ceramah tersebut selesai dan semua tetamu dan jemputan menikmati jamuan makan sebelum bersurai.
Mr.SHafiq FELO @ E

NC and YDP @ E

The Prade !!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan sebarang komen, cadangan, atau pendapat.. Setiap kata-kata anda amat kami hargai.. Mohon supaya menggunakan bahasa yang sopan..