Thursday 12 December 2013

Garden of Knowledge

Program ini telah dijalankan pada 16 Mac 2013. Di dalam pelaksanaan program ini, seramai 19 orang Jawatankuasa Pelaksana telahpun dibentuk bagi merealisasikan program ini. Dalam program ini, kami telah menjemput En Hj Mat Taib bin Mat untuk memberikan ceramah.
              Hj. Md. Taib Mat adalah seorang “Executive Coach / Principal Trainer” dan pakar motivasi.  Dilahirkan di Bedong Kedah dan mendapat pendidikan awal di SK Bedong Kedah sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Tuanku Abd. Rahman Ipoh (STAR). Mendapat pendidikan MBA (perniagaan antarabangsa) dari Universiti Southern California (Los Angeles) (1986), B.Sc Agricbusiness Economics dari Southern Illinois University (Carbondale) (1985) dan Diploma Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (1976). Dia menerima asuhan dari pakar-pakar NLP dan Hipnoterapi tersohor didunia termasuklah Dr. Richard Bandler, Dr. Robert Dilts, Judith DeLozier, Dr Michael Hall, Dr Stephen Gilligan, Shelle Rose Charvet, Dr William Horton, Dr. George Bein, Anthony Robbins dan lain-lain dimerata pelusok dunia termasuklah Amerika Syarikat (Colorado, California, Florida) , Italy, Germany, Hongkong, Taiwan, Australia, Australia, United Kingdom, Singapura dan Malaysia.

                  Untuk menghadiri ke program ini, peserta haruslah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 45.00. Yuran ini merangkumi makanan, buku dan bayaran untuk pelajar. 

               Program Motivasi, Mahasiswa Cemerlang : Anda Berhak Hebat merupakan satu program yang dilaksanakan didalam kampus. Hal ini sememangnya merupakan satu langkah yang efektif bagi membentuk tingkahlaku yang positif dalam kalangan pelajar supaya menjadi pelajar yang berdaya saing dan mampu untuk "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi" dalam mengharungi samudera kehidupan di alaf moden ini.


             Walaupun program yang dijalankan ini hanya dijalankan didalam kampus, namun ianya tetap berfaedah kepada para pelajar. Hal ini demikian, bagi melengkapkan diri kearah kecemerlangan setiap pelajar haruslah cemerlang dalam akademik dan jati diri yang kukuh. Melalui program motivasi ini, intelektual, rohani dan jasmani dapat ditingkatkan melalui ceramah yang bakal disampaikan. Bukan itu sahaja, kemahiran generik juga akan turut terbentuk melalui program ini kerana penceramah merupakan seorang yang berkaliber dalam memberi perkhidmatan ceramah.
At the event .. :)

Everybody had good knowledge ...

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan sebarang komen, cadangan, atau pendapat.. Setiap kata-kata anda amat kami hargai.. Mohon supaya menggunakan bahasa yang sopan..