Thursday 13 October 2011

Info: Hari Tanpa Beg Plastik Dan Simbol-Simbol Kitar Semula

HARI TANPA BEG PLASTIK

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telahpun melancarkan “Program No Plastic Bag”, di mana pada setiap hari Isnin, Sabtu dan Ahad, penggunaan beg plastik tidak akan di sediakan untuk para pelajar. Program ini adalah bertujuan bagi memelihara alam sekitar dan sekaligus dapat menjaga kebersihan kampus. Hari Tanpa Beg Plastik ini adalah atas kesedaran terhadap impak negetif penggunaan Beg Plastik terhadap kesihatan individu, dan juga demi memelihara alam sekitar dengan lebih efektif. Kolej kediaman E menyahut seruan tersebut dengan menggalakkan pelajarnya, terutama pelajar tahun satu sesi 2011/2012 untuk membeli bekas makanan dan minuman yang lebih mesra alam dan pengguna, untuk mengurangkan penggunaan plastik beg semasa pelajar membeli makanan di kafeteria. Mari kita lihat apakah yang dikatakan dengan 'Mesra Alam dan Mesra Pengguna' :
 
 SIMBOL-SIMBOL KITAR SEMULA
 

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya tahu bagaimana untuk menggunakan barangan plastik serta kesannya sekiranya tidak digunakan dengan betul. Simbol di atas merupakan symbol bagi PP (POLYPROPYLENE) di mana PP merupakan sejenis botol yang lutsinar biasa yang tidak jernih. Ia juga lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah. Ia turut mempunyai daya ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu yang tinggi dan cukup mengkilap. Pemilihan bahan plastic ini adalah yang terbaik terutama bagi bekas makanan dan minuman. Di samping itu, kesihatan pengguna turut terjamin dalam jangka masa yang panjang.


Angka 1 ditengahnya dan terdapat perkataan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) dibawah segitiga. Simbol ini biasanya terdapat pada botol plastik berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir kesemua botol minuman. Botol yang mempunyai simbol ini  hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya boleh mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.


Angka 2 ditengahnya dan terdapat perkataan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Simbol ini kebiasaannya digunakan pada untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya dapat mencegah daripada berlakunya reaksi kimia terhadap makanan ataupun minuman. Ia juga hanya boleh digunakan untuk sekali sahaja.

Angka 3 ditengahnya dan terdapat perkataan PVC yang bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi di antara PVC dan makanan adalah berpotensi tinggi untuk mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan seseorang.

Angka 4 ditengahnya dan terdapat perkataan LDPE yang bermaksud (Low Density Polyethylene). Ia merupakan sejenis plastik yang berwarna coklat (thermoplastic) yang diperbuat dari minyak bumi. Plastik ini kebiasaannya digunakan sebagai tempat makanan, bekas plastic dan botol-botol. Sebarang benda yang mempunyai kandungan LDPE adalah sukar untuk dihancurkan namun ia tetap boleh digunakan sebagai tempat makanan.

Angka 6 di tengahnya dan terdapat perkataan PS yang bermaksud (Polystyrene). Ia biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat pada asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

Angka 7 di tengahnya dan terdapat perkataan OTHER. Bagi plastik jenis ini, terdapat 4 categori iaitu :

SAN : Styrene acrylonitrile
ABS : Acrylonitrile butadience styrene
PC   : Polycarbonate Nylon

Simbol ini boleh di dapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minuman, computer dan alat-alat elektronik. Barangan yang mempunyai kandungan SAN dan ABS akan bertindak balas terhadap reaksi kimia, suhu, kekuatan dan tahap kekerasannya. Contoh barangan yang mempunyai kandungan SAN dan ABS adalah seperti mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. Plastik jenis ini merupakan salah satu bahan terbaik yang boleh digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.


Jadi, sama-samalah kita mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sambil menjaga bumi kita.. GO GREEN!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan sebarang komen, cadangan, atau pendapat.. Setiap kata-kata anda amat kami hargai.. Mohon supaya menggunakan bahasa yang sopan..